Hanyalah sebuah pemikiran,
untuk satu hari yang berlalu,
bagaimana ini pengakhirannya,
apa kesalahan yang telah dilakukan?
Tuhan?
walaupun hari semakin jauh berlalu,
tapi masih terasa dekat,
ianya membebankan bahu,
masa yang sama
berubah pada hari itu,
kesedihan dan kesakitan,
sehingga dapat disentuh,
tak tahu apa yang patut disalahkan,
hanya melihat dan terus melihat,
hari terus berlalu,
apakah yang telah ditinggalkan?
apakah yang telah diambil?
ianya mungkin lama,
tapi dengan sepenuh hati,
kita mulakan semula sesuatu yang baru,
dengan kepala yang mendongak,
neraka telah dilihat,
dan kembali tanpa melupakannya,
bagaimana caranya?
nyawa yang telah hilang,
di sepanjang perjalanan ini,
dan kemudian tersedar,
sejauh mana pun berjalan,
masa tidak akan berubah,
jadi, teruskan sahaja,
malam semalam telah berubah menjadi cahaya,
jadilah seperti cahaya,
sesiapa sahaja boleh menutup mata,
dan berpura-pura tiada apa yang berlaku,
buka mata,
dan cari cahaya,
ada hari yang berlalu dan tak dapat melupakannya,
tidak boleh memilih alasannya kenapa,
tapi boleh memilih apa yang perlu dibuat selepas hari itu,
jadi, dengan harapan dan keazaman,
mari jadikan hari ini lebih bersinar.

