Saturday, February 25, 2023

DI KEHIDUPAN AKAN DATANG

Ianya musim panas,

Di sebuah pesta,

kali pertama kita bertemu,

bercumbuan di dalam kereta,

ketika lagu Radiohead berputar,

dan pada ketika,

hari jadi aku yang ke lapan belas,

kita mencacah tatu yang sama,

selalu masakkan kau makanan,

panjat ke atas bumbung,

bercakap tentang masa hadapan,

seperti kita tahu semuanya,

tidak pernah merancang,

untuk kehilangan kau,

pada suatu hari nanti,

di kehidupan akan datang,

kita akan bersama lagi,

untuk menunaikan janji,

kita menentang seluruh dunia.

aku June dan kau  Johnny Cash,

kita telah membuat perjanjian, 

kadang-kala apabila aku rindukan kau,

aku akan putar rekod itu,

Tapi....

sudah tiba masanya,

untuk terima ,

bahawa muzik kita tidak lagi menghiburkan,

Semua wang di dunia ini,

Tidak dapat membeli mesin masa,

Kau tidak akan terganti dengan sejuta cincin

Aku sepatutnya memberitahu, 

Betapa pentingnya kau,

Dan sekarang aku perlu,

membayar harganya.



No comments:

Post a Comment

JADILAH CAHAYA

Hanyalah sebuah pemikiran, untuk satu hari yang berlalu, bagaimana ini pengakhirannya, apa kesalahan yang telah dilakukan? Tuhan? walaupun h...