Macamana kalau kita semua adalah manusia yang tanpa jantina, andai konsep multiverse itu wujud, pastinya ada universe di mana manusia itu tidak berjantina. Di dalam universe itu tidak adanya peperangan jantina, tidak ada seks, tidak ada nafsu, tidak wujud langsung kes rogol, manusia lahir ke dunia melalui telur, contohnya macam lebah semua sama sahaja, jadi idea Karl Marx tentang manusia itu sama sahaja, tiada beza, kesamarataan bukanlah hanya ilusi untuk memujuk hati manusia yang nasib mereka adalah buruk dan perlu menerima seadanya.
Dan sudah semestinya semua ini adalah sebuah utopia yang indah dan hanya wujud dalam fikiran sahaja. Idea yang datang dari semua orang adalah yang terbaik dan terpaling genius sebelum dinilai oleh orang lain. Jadi idea tentang manusia tanpa jantina adalah genius kerana tak perlu jadi mangsa, sebab semua manusia sama tidak ada isu perkauman, tak perlu mengejek tubuh orang lain, tak perlu membanding-banding sebab semua manusia bukan sahaja tiada jantina malah sama macam robot dalam cerita terminator. Dunia versi ini adalah dunia yang paling membosankan, tapi ianya baik sebab tidak ada perang, tidak ada penganiayaan, tidak ada orang yang lapar. sifat semulajadi manusia dari universe bumi yang didiami oleh manusia yang mempunyai idea ini tidak wujud. Ianya logik, sebab siapa sahaja yang mahu mencipta dunia yang sama dengan dunia realiti mereka ini.
Tulisan yang entah apa-apa ini aku tujukan kepada diri aku yang mungkin/tidak mungkin wujud di universe lain, aku harap kau adalah manusia yang tidak seteruk aku di realiti sekarang ini. Tapi, aku cuma nak bagitahu hidup di dunia realiti di atas sebuah batu kecil yang tersusun nombor tiga dari matahari ini adalah semua ada pasangannya, jantina, nasib,itu antara contohnya. Di
sini kau boleh mengadakan hubungan seks yang paling hebat di waktu malam dan bangkit dari tidur keesokan paginya merasa diri kau adalah orang yang paling malang di dunia ini.
Aku harap konsep bosan di universe kau lain dari sini.

No comments:
Post a Comment