Jadi soalan kedua siapa Paris? dialah punca berlakunya perang yang memusnahkan kota TROY, kesalahan dia bukan membunuh atau merompak tapi jatuh cinta, ini lebih bahaya dari membunuh, dia putera raja, dia boleh dapat cinta sesiapapun tapi kenapa isteri orang jugak yang dia nak, jadi jatuh cinta itu bukan sahaja bahaya tapi kadangkala juga bodoh kot.
Bahaya dan bodoh adalah sebuah kombinasi alasan terbaik untuk memulakan sebuah perang, mungkin pada masa itu.
menurut mitos, emak kepada Achilles merendam dia kedalam sungai stynx dengan memasukkan kepalanya dahulu hasilnya seluruh badan Achilles kuat dan dikatakan kebal kecuali bahagian tumitnya yang dipegang oleh ibunya tidak mengenai air dari sungai itu. Dan dalam filem TROY, secara tak sengaja Paris telah memanah bahagian tumit Achilles yang menyebabkan kematiannya, Paris buat begitu kerana membalas dendam keatas Hector, abangnya yang dibunuh Achilles. Dan Paris dalam filem ini bukan sahaja bodoh tetapi juga pengecut. Dan mungkin takdir si gagah akan mati dibunuh si pengecut. berlatih setiap hari untuk menjadi gagahperkasa akhirnya berakhir di tangan si lemah. mungkin begitu kitarannya. lemah menjadi gagah untuk menjadi lemah kembali.
No comments:
Post a Comment